Sunday, July 29, 2012

Ramadhan..Ya...Ramadhan...

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan...
Sedar tak sedar dah pun masuk 9 Ramadhan...
Alhamdulillah..Allah masih meminjamkan udaranya untuk dihirup..:)
Ramadhan tahun ni..sebenarnya sangat aku nantikan..
Banyak azam yang ingin diperbaharui..
Banyak yang ingin cuba diperbetulkan..
Betulkan yang salah & biasakan yang betul..:)
Bukan aku ingin menjadi hamba yang terbaik...kerana aku tahu aku bukanlah seorang hamba yang terbaik....namun mencuba menjadi yang lebih baik dari sebelumnya tidak salah bukan??..
Itulah azam aku buat Ramadhan kali nie..
Semakin aku sedar begitu banyak kekurangan diri..
Ya Allah..peganglah hatiku ini..supaya aku tidak tersasar dari landasanmu..
Banyak benda yang berlaku selama ni..
Kini aku mula belajar satu persatu..
Ramadhan kali nie..aku x balik rumah pun..
Walaupun sedih jugak tak dapat berbuka bersama keluarga..tapi kawan-kawan menjadikan berpuasa & berbuka di maktab lebih seronok..
Terima kasih pada semua rakan-rakan yang bersama-sama menyediakan juadah berbuka..
Pengalaman tu yang sangat berharga...
Semoga..Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
Sekian..
Wasalam..~~~~



Saturday, July 7, 2012

BTN at Kem Bina Negara Ulu Kenas (A)

Assalamualaikum...
Alhamdulilla...hari ni aku berkesempatan merehatkan diri dan mencoret serba sedikit 
mengenai kehidupan yang dilalui sepenjang hari-hari yang lepas.....
Semenjak jadi PKK kelas ni...aku selalu  "membusykan diri"..hehe
Aku bersyukur dengan hidup ini..
Sebelum ni aku selalu mengeluh...
sehinggalah datang seseorang mengingatkan aku bahawa..
Apa lagi yang aku inginkan dalam hidup...
Aku punya segalanya..
Aku ada mak ayah..keluarga pun ..alhamdulillah bahagia...ada kawan-kawan 
yang selalu berkongsi cerita hidup..
Ya Allah..betapa aku sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih baik..
Sedangkan apa yang aku miliki sememangnya sudah terbaik...
Bersyukurlah...
Sebenarnya post kali ni nak menceritakan kursus yang aku pergi seminggu lalu...
Kem BTN...aku tahu pun last2 minute yang aku terpaksa pergi menggantikan akak senior..
Mula-mula hati berbelah bagi juga nak pegi ke tak..
Akhirnya disebabkan ramai kawan sekelas yang pergi...
Aku pun join la sekali..
Melalui kem ni la ...aku mula mengenali senior2 yang sebelum nie kalau terserempak just senyum je...
ada yang aku takut2 nak jumpe..
Tapi lepas BTN..kami mampu bertegur mesra...
Alangkah indahnya persahabatan..
Kem BTN ni lebih berbentuk kepimpinan...dah tentulah aku pegi mewakili JPP...mestilah berbentuk kepimpinan erk??
Banyak yang aku dapat setelah menghadiri kursus ni..
Pengalaman yang paling utama aku rasa...sebab di sinilah aku berjumpa dengan rakan-rakan yang seusia 
dan ada yang lebih tua, dengan yakin memberikan buah fikiran..
Aku memang salute la...Insya-Allah...aku juga ingin jadi seperti mereka...sebagai seorang guru...aku 
menanam azam ingin menjadi guru yang terbaik..
Banyak pengisian yang aku dapat melalui kem ni..
Kita seharusnya bersyukur menjadi warganegara Malaysia...itu yang dapat aku simpulkan setelah
 melalui banyak aktiviti di sana...
Sesungguhnya segalanya tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata...
Terima kasih k.Iwa & k.Shima yang memberikan kami peluang...:)


Kem Bina Negara Ulu Kenas (A),
Kuala Kangsar, Perak...

Sunday, June 10, 2012

Sweet Twenty..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Sharifah Zuraihah..
Allah selamatkan kamu..
SELAMAT HARI LAHIR A"AH..
hehe...
dah 20 dah kawan aku yang sorang ni..
Ok..
Jom kita kenali siapa DIA...
Sharifah Zuraihah binti Syed Hamid..
Berasal dari Semenyih,Selangor..
Dilahirkan pada 10 June 1992
Anak ke 10 daripada 13 orang adik beradik...
Dia mempunyai seorang kembar seiras..
Dia seorang pendengar yang setia..
Mempunyai hati yang kental..
tapi dalam hati ada taman..
Ada cara hidupnya tersendiri..
Tak ambil peduli orang nak kata apa..
Mempunyai senyuman yang sangat mahal..
Mempunyai cerita hidup tersendiri...
Cara yang amat sempoi..
Membuatkan diriku sangat senang berkawan dengannya..
Hampir setahun sudah persahabatan terjalin..
Semoga ianya kekal selamanya..

Direka khas buat A'AH..
Enjoy ur day~~~

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..heee :)
Dah lama tak update blog..hurm maklum la..aku busy dengan kenduri my sis...huhu..
Alhamdulillah...walaupun penat tak terkata...namun majlis itu berlansung dengan meriahnya..
Terima kasih kepada semua yang membantu & memeriahkan majlis..
Walaupun ada perkara terjadi masa tu..tapi alhamdulillah..semuanya boleh kawal emosi masing2..
Namun...majlis ini..takkan aku lupakan..untuk dijadikan pengajaran..haha..
Tahniah kepada kakakku...
Dengan sekali lafaz...akak aku sah menjadi isteri kepada abang Najib...pada petang Jumaat 1 Jun 2012
Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat..
Dikurniakan kesihatan & anak-anak yang soleh & solehah..comel gitu..
Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka..:)
Majlis besarnya pula dibuat pada 2 June 2012...di kediaman ayah bonda kami...
Hurm..kenduri kali ni juga sangat seronok..sebab kawan-kawan aku dari Penang datang memeriahkan lagi majlis...Terima kasih Huda,Tikah,Nora,Wawa & Ilya..banyak tolong Zai..
Maaf sebab tak terlayan ..disebabkan saya je tak de handbag lagi..haha...
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat lama & junior2 time sekolah yang sudi berkunjung...
Rindu terubat akhirnya...Thanks a lot to Nana,Mai,Tikah,Fizah,Awie,Ismail & yang lain2..
Tak lupa juga cikgu-cikgu...terutamanya..Cikgu Shima,Teacher Rozana, Cikgu Ros & Cikgu Jamal..
Terima kasih semua..~~~~~


Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

Waaaa!!!!!!!!!!!!!Seronoknya kalau kat sekolah...
Boleh tengok cikgu main sukaneka..bacaa sajak..cikgu nyanyi...
Huhu...semua tu dah berlalu..
Seronoknya jadi cikgu...Ramai orang sayang...hehe
Mood: Bersemangat nak nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..
(Tapi...bila betul-betul layak la)
Terima kasih yang tak terhingga buat semua guru yang telah bersusah-payah mengajar aku..dulu hingga kini...
Tanpa mereka aku tidak mungkin di sini..
Terima kasih kerana tidak jemu mencurah ilmu..
Terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat ibarat seorang ibu dan ayah..
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah anak muridmu...
Khas buat : Guru-guru di SKPASOH 3,SMK PASOH 2 dan buat rakan-rakan seperjuangan...


........................................
Selamat Hari Guru
16 MEI 2012

Thursday, May 10, 2012

Wajah Terindah...

Assalamualaikum..
Hatiku tersentuh menonton...
Forum Perdana di Tv 1...
......................................................................
Kata seorang anak : Kini aku mampu memberikan ibuku bukan sahaja RM 5O tetapi aku mampu memberikan RM500 sebulan...NAMUN...ibuku telah tiada....

Melihat wajahnya sahaja sudah mendapat pahala..inikan pula menjadi anak yang taat kepadanya..:)


Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah..:)

Saturday, May 5, 2012

Datang & Pergi

Assalamualaikum..
Hiii!!!Seronoknya hari ni..sebab aku dah berada di rumah...hehe..terima kasih buat PKK yang baik hati..
Bulan ni..hidup aku banyak betul bermain dengan emosi..
Makin kita kenal seseorang tu..makin banyak yang kita tak tahu pasal dia..
I know..I'm not perfect..but i will try my best..
Setiap manusia di dunia ni..tak lari dari kesilapan..
Kadang-kadang kita rasa apa tindakan yang kita ambil tu tak salah..
Tapi mungkin orang lain nampak tindakan kita tu salah...
Sebab setiap orang berbeza dengan yang lain..
Masalah yang kita hadapi mungkin sama...tapi cara kita menyelesaikan masalah tu mungkin berbeza..
Semakin hari aku rasa semakin dewasa..hehe..tapi tak sangat kot..
Haha..
Aku cuba membahagiakan semua orang..
Cuba melakukan yang terbaik..
Walaupun kadang-kadang ia sakit..
Tapi S.A.B.A.R menjadikan aku teguh berdiri di samping mereka yang aku sayang..
Setiap orang yang datang dalam hidup aku..datang dan pergi...
Semakin indah hidup ini dengan pelbagai ragam orang yang aku kenali....
Setiap pertemuan ..pasti di hujungnya bertemu dengan perpisahan..
Bersedialah untuk hadapinya..
Bulan ni aku belajar sesuatu..
Dalam menjalani hidup ni...kita seharusnya sentiasa reflek diri kita..
Banyak sebenarnya kesalahan yang kita lakukan..
Tapi kalau sebelah pihak je sedar kesalahan dia dan sebelah pihak tak sedar susah jugak.
Sebenarnya.. S.A.B.A.R itu sangat susah dan sakit...
tapi terpulang pada setiap orang....

Kesimpulannya: Just follow jea apa-apa yang berlaku...bak kata seseorang..kita ikut je zai..jangan fikir-fikir sangat...nanti sakit...
Dalam perhubungan..perkataan MAAF...TERIMA KASIH...TOLONG...KENAPA....bagi aku sangat bermakna & penting..tapi tak tahulah bagi orang lain..
Jadi lepas ni..cuba praktikkan ye..
Sekian~~~

Thursday, April 26, 2012

Jaga Jarak Itu

Aku mula beringat untuk menjaga jarak itu..
Jarak itu sangat penting agar aku tidak tersasar jauh dari landasan 
yang aku inginkan sejak melangkah dahulu.....
Agar aku tidak jatuh dan tidak mampu bangun sendiri..
Agar hidupku lebih berharga pada masa depan..
Jaga jarak itu..
Agar aku tahu apa yang lebih penting dalam hidup..
Agar aku mampu tersenyum melalui hari-hari yang mendatang..
Agar aku tidak jauh dari insan-insan yang menyayangi aku..
Namun apa yang lebih penting..
Aku sememangnya perlu menjaga jarak itu..
Agar apa yang dibina selama ini kekal untuk selamanya...
Agar apa yang dikejar mampu digenggam..
Peace..~~~

Tuesday, April 24, 2012

Bukit Mertajam 24 April 2012

Dah lama tak post sumthing dalam blog ni...tak da masa dah.sebab sibuk dengan hidup di IPG...hari ni ..tetibe ingat kat blog..wuwu...hari ni aku ada banyak masa sebab dah puas tido dari tengah hari tadi sebab keletihan daki Bukit Mertajam...
tapi..kecewa sikit la..sebab lecturer tetibe suruh turun..sedangkan dah sampai 2/3 Bukit Mertajam...ruginya..dah la bukan senang nak naik sampai paras tu...yang kelakarnya..budak lelaki kelas aku boleh sampai kat menara sebab diaorang dah ada kat depan...lecturer punya la marah...suruh diaorang turun..anta lagi 3 orang suruh panggil turun..tapi yang 3 orang tu pun boleh join sekaki...aiseh...tudia....punya susahnya nak kawal 16 puteri 14 putera kelas 2 PPISMP Sejarah ni.....pening lecturer dibuatnya...

       Lecturer siap membebel kat aku..cakap..'Aiyoo...susah betul la budak kelas kamu ni.." ...aku diam jela..sebab dah faham perangai diaorang macam mana..aku call sorang dua...tapi sume tak angkat...rupanya enset tinggal dalam bas...akhirnya kitaorang sampai semula kat kaki Bukit Mertajam pukul 11 pagi dan bertolak pulang...balik bilik..terus tido...wuwu...sakitnya kaki..esok ada PJ lagi...apalah jadi esok ni...Ok la..tu je aku nak share..Dada...Assalamualaikum..=)

Menikmati keindahan alam ciptaa Allah..
A'ah & Nora

Bukit Mertajam dari tingkap bilik aku..=)



       

Wednesday, March 14, 2012

KOT plus CUTI

Assalamualaikum..
Hurm...ari nie aku nak cerita sikit pasal sukan kat IPG aku....mana tau korang pun pernah lalui pengalaman macam nie...Aku rase memang sume pernah kot..sebab life kat IPG lebih kurang macam sekolah sebab sume nak dididik jadi guru yang berkaliber..insya-Allah..

KOT atau Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-16..telah berlansung dengan jayanya pada minggu lepas bersamaan hari Khamis, 8 March 2012..
Alhamdulillah ..aku diberi kesempatan untuk mengutip pengalaman menyibukkan diri dalam sukan di IPG..
Sukan di IPG memang seronok..macam kat sekolah rendah..ade lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, lari-lari dan yang paling best sekali ialah tarik tali.

Setiap tahun, batch persediaan akan diwajibkan masuk semua acara..
Terutamanya perbarisan..Sebab senior sem 1PISMP keluar PBS iaitu Program Berasakan Sekolah selama seminggu..jadi tinggallah kami iaitu sem 2PPISMP dan sem 3PISMP yang wajib ambil bahagian..
Sem 5 pulak yang uruskan KOT nie..sem 7..aku tak tahu diaorang gi mana,..praktikum kot..sebab aku tak pernah pun tahu mana satu sem 7 sebab diorang seniorkan..mestilah busy..
Tapi KOT tahun nie agak kelam-kabut cikit disebabkan cuaca yang tak menentu je..Bila petang je hujan akan turun..so pengurusan agak terganggu tapi yang bestnye kitaorang tak yah turun latihan,.haha.

Masa KOT nie la kita nampak abang-abang & akak-akak sem 5 sangat nampak dah perwatakan cikgu diaorang..seronok je tgk diaorang..yang aku masih nie tercari-cari lagi macam mane nak kawal kelas, nak mengajar, dan yang paling penting ilmu yang nak diajarkan tu..mampu ke aku???nak tarik perhatian 29 orang dalam kelas pun punya la susah....semuanye hyper ....ish..ish..ish..4 tahun lebih lagi zai...Caiyok..!!!!Bak kata lecterur..4 tahun lagi teror la,,,Amin....Insya-Allah,...

Tahun nie ade macam2 gaya maskot untuk setiap rumah..tapi maskot untuk umah aku tersangat la kelakarnya..sampai aku pun x boleh nak berdiri tegak dalam perbarisan.. mana taknya abg GSTT tu boleh wat lawak sebelah aku..siap tanye dia kene bace ikrar ke??ekor dia nak putus ke???maunnye aku x gelak....tapi aku tak dapat nak masuk gambar sangat disebabkan lepas jea perbarisan ..hujan pun turun ...jadi x sempat la nak snap banyak gambar..lagipun phone aku tertinggal kat kampung..dlm phone je banyak gambar,,nie je antara gambar yang kawan-kawan aku ambik...sebab aku masuk perbarisan..macam mane nak ambik gambarkan??
Cikgu2 Sej yang bersemangat nak merentas desa sebab dpt baju baru..hehe
Ustaz BA & Roomateku yang jadi Ninja Turtle dan Puteri
Perbarisan rumah Dinamik..

Apapun... aku nak ucapkan tahniah buat senior yang dah berjaya handle KOT tahun nie...bukan mudah tau nak jadi cikgu....KOT selalunya diuruskan oleh senior sem 5 setiap tahun..kalau ok KOT maka tinggi la markah diaorang untuk GERKO tahun tu..

KOT tahun nie rupa semua macam baru balik kebun disebabkan padang yang berair....tapi apa-apa pun seronok menyokong senior-senior tarik tali...huhu..akhirnya berlansung la KOT tahun nie...lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari..
Esoknya, kelas seperti biasa..tapi dah x kisah dah sebabnya sume excited nak balik...maklum la cuti seminggu..
Tahun nie kelas yang buat aku kecut perut ialah kelas Basic Math,...
sebabnya lecterur aku suruh tunjukkan cara mengajar yang sebenar dalam kelas..sedangkan aku dengan kawan2 ..baru jea setahun jagung...tapi dari situlah kami belajar untuk menjadi guru yang terbaik..terima kasih Puan Rosmah...sampai turn aku nanti..tak tahulah macam mane...harap-harap berjalan lancar la semuanya...masalahnye ..macam mane la nak handle wan ngan shen-shen yang banyak cakap tu..aiseh..tengok jea nanti ape jadi....
Sekarang aku dengan kawan-kawan tengah cuti..cuti dengan esaimen yang banyak tapi belum berusik...hihi..
Esok pulak hari yang dinanti-nanti buat senior aku tahun lepas...
Majlis Konvokesyen yang akan diadakan di PWTC...
Tahniah buat senior yang menjadi best student..dan tahniah buat senior-senior yang lain sebab berjaya tamatkan pengajian selama 5 tahun setengah kat maktab...lamanya 5 tahun tu erk.,.. apa pun selamat mengajar buat akak-akak n abg-abg walau di mana pun anda ditempatkan,..maklum la tahun nie..kebanyakkan senior Tuanku Bainun dipostingkan ke Sabah & Sarawak...hehe...jawabnye tahun  nie ramai la yang kahwin...

Sepanjang balik dari cuti tahun baru Cina sampai sekarang...Sebenarnya ade gak bende sedih jadi bulan nie...
Kawan aku yang sama-sama belajar kat sini kene hantar balik sebab x lulus paper subjek major..
Alahai..sedihnya hati..aku sentiasa doakan yang terbaik untuk diaorang..harap2 dapat la kitaorang belajar sama-sama lagi...walaupun berlainan kos..tapi kami tetap kawan baik..
Dah la..aku tak tau nak citer ape lagi dah...apa-apa pun aku sentiasa berharap hari esok dan seterusnya menjadi lebih baik buat kita semua...ok la..Selamat Malam semua...dada~~

Thursday, February 16, 2012

Today..Yesterday..Tomorrow

Hari nie aku terasa teruk sangat..
Langkah macam dah tak mampu aku atur..
Matlamat semakin kabur di mata aku,,,
Kekuatan dan semangat yang dibina semakin hilang...
Aku terasa sangat penat melalui hari-hari di IPG..
Masa terasa macam berlalu sangat perlahan..
Segala yang aku buat jadi serba tak kena..

Tak tahu la kenapa..
Mungkin sebab aku tak cukup tidur..
atau mungkin sebab banyak sangat masalah yang nak difikirkan..
Kawan-kawan terasa semakin lama semakin aku tak kenali..
Walaupun dah nak masuk setahun aku kat sini..
Semuanya berubah bila masuk sem 2..
Atau aku yang dah berubah???
Aku tak da jawapannya..
Segala yang aku lalui macam pura-pura je..
Lelah yang teramat sangat...
.........................................................
=((((((((((******sedih..
Permudahkanlah segalanya ya ALLAH..
Amin..

Friday, February 10, 2012

Lotih Raso Eh !!!

Assalamualaikum..
Letihnya hari nie hanya Allah yang tahu..
Dah berhari-hari tidur tak cukup sebab date yang terlalu panjang
dengan En Asaimen..Rupa pun dah disaster...
Nak domam raso eh..

1 kelas tak tido sebab menyiapkan assignment ..
Semalam memang dah tak de semangat aku nak buat assignment..
Nasib baik la Tikah..roomate tersayang meniupkan semangat dengan
A'ah & Jaja yang sentiasa cool..
Hidup aku kat sini dikelilingi kawan-kawan je..
Exammm...Alhamdulillah..aku baru je tahu pointer..
Alhamdulillah ..terima kasih ya ALLAH..
berikan kami keputusan yang baik..
Aku harap sume rakan-rakan satu kelas akan berjaya sama-sama jugak time sem 2 nie..
Risaunya la..
Nak jadi cikgu..tapi rasenye ilmu tak pernah cukup-cukup lagi..
Hari ni ..rase macam nak tido lama-lama.
Sebab semalam tido 2 jam je..
Tahun nie makin lama makin mencabar..
Assignment kena wat betul-betul..
Jadual yang pack dengan macam-macam xtvt..
Esok..aku ngan kawan-kawan nak kuar..
Cari barang-barang keperluan...
Sebenarnya rase nak balik umah tgk mak ayah..Lepas tu balik sini balik..
Sebab nak cari kekuatan nak tempuh 4 minggu lagi sebelum balik.
Wuwu..baru 3 hari kuliah..rase macam 3 minggu rasenya..
Mak ...Adah nak balik...!!!!!!
Kat sini aku rase penat sangat sebab Selasa , Rabu ,Khamis..berlari je kejenye..
Aku tak kisah asyik lari je..
Tapi kaki aku masih belum sihat sepenuhnya..
Tak lama lagi nak sukan..
Apa-apa pun..
Aku nak buat yang terbaik dan cuba berubah jadi lebih baik
Ya Allah ..aku berharap aku masih kuat untuk menempuhi hari akan datang..
Tiupkanlah kekuatan ya ALLAH..

Saturday, February 4, 2012

Hang Out with My Roomate

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H
Ya Rasullullah.
Kami sangat merinduimu..
Semoga kami dapat mengamalkan sunnahmu..Amin
***************
Hari nie aku dan roomate..
Keluar berjalan-jalan..
Maklum la..cuti empat hari..tapi kitaorang tak balik rumah pun..
So pergi la jalan-jalan..cari barangan keperluan..Nora n Echa balik umah mak cik dia..
Jaja,Wawa n A'ah ke rumah Huda..Zaty pulak balik rumah dia..
Kawan-kawan yang lain pun sama..
Tinggal la kitaorang berdua..
tapi tak kisah pun..
Semalam kitaorang ke USM..gi library dia..
Fuyoo...punya la besar ..
Rase kecik je aku kat sana..
Patut la ALLAH hantar aku ke sini...
Ada hikmaknya..
Kalau kat sana..kene lebih independent..
Kene pandai pilih kawan..kene pandai macam-macam la..
Alhamdulillah..kawan di IPG sumenya baik-baiki belaka..
Yelah nak jadi cikgu kan..
Tapi nakal-nakal cikit tu biasa la..
Sedar tak sedar dah masuk bulan Febuari pun kan..
Macam-macam yang jadi..
Banyak perubahan yang berlaku dalam sem 2 aku kat IPG nie..
Semuanya ada hikmahnya..
Aku berharap minggu-minggu yang akan datang..
Aku dan rakan-rakan dapat memperbaiki segala-galanya..
Kalau tak..terimalah..semuanya akan berubah..
Hurm..cerita pasal hari ni lak..
Aku seronok kuar ngan Tikah..
Macam-macam kitaorang buat..
Tak la rase sunyi bila berdua masa cuti-cuti macam nie..
Walaupun ramai yang balik..
Hajat hati memang la nak balik..tengok abang aku tunang..
Tapi apakan daya..kalau balik nanti assignment tak siap la pulak.....
Tadi baru je lepas skype ngan family..
waa...anak buah aku Amoi yang Johor tu balik la..
Tak dapat la jumpe lagi..
Tak pela kan..
hehe..
Rindu dia..
Apa-apa pun..
Aku happy hari nie..
*******************



Sunday, January 29, 2012

Hari Lahir Yg Ke-19 Tahun

Assalamualaikum..
Semalam...genaplah umur aku 19 tahun..
Terima kasih ya ALLAH..
Meminjamkan aku nyawa selama 19 tahun ini..
19 tahun...masih banyak lagi yang perlu aku pelajari....
Aku bersyukur ..selama 19 tahun nie..
Aku dikelilingi orang yang aku sayangi..
Harapan aku sempena Hari Lahir ini..
*Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
*Semoga aku dapat menjadi hamba ALLAH dan umat Rasulullah yang lebih baik
*Semoga mak,ayah ,family,guru-guru ,kawan-kawan dan semua orang yang aku sayangi dipanjangkan umur..
Sentiasa sihat..Happy selalu
*Semoga aku dapat lebih sukses dalam semua bidang yang aku ceburi
*Semoga dimatikan dalam Islam dan Iman....
Tahun ni..aku sambut birthday dengan my family..
Seronok tak yah cakap la kan...
Tapi esok dah kene balik Penang semula..
Apa2 pun hidup mesti diteruskan..
Terima kasih mak, ayah,k,ngah,k.lang,k.long & k.Anie..
Adah takkan lupa kenangan nie..
Tak lupa juga anak-anak buah Mak Su yang comel-comel..
Thank You veryyyyyyyyy Much..=)
Akan abadi dalam kenangan.......
Kek..k.ngah yang beli..=)

Anak buah..=)

p/s:terima kasih buat doa,ucapan dan ingatan rakan-rakan ,guru-guru dan semua yang mengenali diri ini..=)

Thursday, January 26, 2012

Happy Birthday !!!! Nora.a.k.a Cik Bun Bun

Assalamualaikum..
Hi!!!
Dah lama aku tak menulis...hehe..
Post kali nie ditujukan khas buat salah seorang kawan aku yang menyambut birthdaynya yang ke -19 tahun pada 22 January 2012 hari tu..sory Nora..dah lama Zai nak tulis..tapi tak da masa pulak,,huhu
Apa-apa pun Zai doakan yang terbaik buat Nora..
Semoga Nora sihat selalu..happy selalu.
cepat matang..kahkah..macam la Zai matang sangatkan???
Hurm..apalagi erk??


Lagu  buat Nora..=)

Kek khas buat Nora..wuwuwu...


         Semoga Nora cepat-cepat jumpa jodoh yang baik..al maklum la..taknak posting jauh2 kan???

Lambat lagi la sis..tok sah pikir dulu semua tu..hehe
Fokus dulu okay???
Apa-apa pun semoga Nora happy2 selalu..
Zai akan sentiasa doakan yang terbaik buat Nora.
Tak sabar nak tunggu umur 2o tahun kan Nora???
Sweet Twenty...hihi
Apa pun..kita kene bersyukur sebab masih dipinjamkan segalanya oleh ALLAH..
Dah 19 tahun dahkan???..
Semoga Nora dipanjangkan umur.....
May ALLAH bless you always dear....(^____^)
Wassalam...

Wednesday, January 11, 2012

Sakit

Assalamualaikum..
Semalam..kaki aku terseliuh..
Tak pernah aku tak tahan sakit macam semalam..
Selalunya aku boleh je bertahan..
tapi semalam..
memang betul-betul sakit..
Sakit di kaki di tambah pula dengan luka di hati..


Sakit aku bertambah sakit..
Sampai demam aku dibuatnya.
Pergi hospital pulak..
punya la lama menunggu..
Betullah kot Malaysia kurang doktor..
atau nurse  yang macam nak tak nak bekerja..
Waktu sakitlah kita dapat lihat..
mana kawan yang sanggup susah payah dengan kita..
Tanpa mereka...susahlah aku untuk bergerak..
Terima kasih ya ALLAH..
Sakit itu penghapus dosa..
Alhamdulillah ..aku telah boleh berjalan...
Agak susah apabila berada di tempat orang..
Tanpa kawan-kawan..akan susahlah kita..
Terima kasih buat roomate tersayang Atiqah yang banyak membantu..
Nora..yang ikut ke hospital..
Kawan-kawan 7 Sisters dan semuanya..
Ramai sangat...sampai tak mampu nak sebut,...
Terima kasih..kalian sememangnya rakan-rakan yang terbaik..
Aku bersyukur ya ALLAH...menemui mereka semua..
Terima kasih ya ALLAH..
Mungkin ini..caranya untuk Kau menghapus dosaku yang terlalu
banyak...sehingga tak mampu aku hitung..
Sekian...

Saturday, January 7, 2012

Sejarah 2 PPISMP..2012


Assalamualaikum..
Hari ni hari Sabtu..
Aku duduk relak2 dalam bilik..
Berakhir sudah minggu pertama sem 2..
Tahun nie jadual agak pack..
Kelas pun dah bertukar..
Tahun ni kelas aku dapat ramai lecturer lelaki yang sporting..
En.Rosli yang akan mengajar Bahasa Melayu..
En.Mansur yang mengajar Pendidikan Negara Bangsa..
En.Auzait yang mengajar Kemahiran Berfikir.
Lecterur yang lama ialah..Dr.Siva yang disukai oleh kelas aku..
yang mengajar Sejarah Politik..
En.Zahari yang mengajar Sejarah Asia Tenggara..
Miss Quah merupakan lecterur baru untuk tahun nie jugak ..
Dia akan mengajar English LanguageProciency..
Ada lagi lecterur yang kitaorang tak tahu sebenarnya ..
dan subjek yang baru...
iaitu BMK..
BMK???stand for what???
huhu..apa pun..
Aku berharap sem 2 semua kerja yang dilakukan lebih baik..
Letih sebenarnya..sem 2 ni..
Senior ckp kelas akan kurang sikit..
tapi berbeza bgi batch sejarah..
Kelas semakin pack..
Apa pun..
Aku sebenarnya berharap..
Kelas 2 PPISMP Sejarah tahun ni,...dapat berkerjasama
dengan lebih baik..
Sebab aku nampak..
lelaki dan perempuan dalam kelas kitaorang agak susah untuk
bekerjasama..
Dah 6 bulan kitaorang bersama..
Tapi terasa masih kekok  sebagai 1 kelas..
Tahun nie Ketua Kelas kitaorang ialah..Khobir..
dan PKK disandang oleh Jaja..
Harap2..mereka dapat bekerjasama dengan baik..
Aku berharap ukhwah dapat dieratkan selepas ini..
Program Kembara Alam minggu depan..
diharap dapat merapatkan hubungan persahabatan sesama kami..
Sekian..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...