Friday, December 30, 2011

Lagu Best!!!

Assalamualaikum..
Jum dengar lagu nie kejap..
Macam best rentak dia..


Armanda-Cinta Itu Buta


Asmirandah-Ketulusan Cinta



Sekian~~

Thursday, December 29, 2011

Terima kasih ya ALLAH..=)

Assalamualaikum..
Hari nie keputusan  untuk pelajar yang gagal exam Nov 2011
telah dikeluarkan..

Inilah muka bila musim exam..
Alhamdulillah..
Aku dan semua kawan-kawan..
Tak perlu repeat paper..
Alhamdulillah..
Terima kasih ya ALLAH..
punya la takut masa abis exam..
takut repeat je..
Tapi ..selamat sudah...tak da paper yang perlu repeat..
Berakhir debaran semester 1..
Semester 2 bakal menanti..
Semoga semuanya berjalan lancar..
Usaha perlu ditingkatkan..
Segala-galanya perlu ditingkatkan..
Tinggal empat hari nak mulakan semester 2..
Sedih je...bila mak cakap...
"nanti mak su dah nak balik da Nisa"...huhu..
Apa-apa pun aku akan semakin jauh  dengan mak ayah..
Bak kata ayah..
Berharap..tahun depan ..aku akan lebih bersedia..
Ujian akan datang pada bila-bila masa..atas kehendak-Nya..
Mati itu pasti...
Cepat atau lambat sahaja...
Sekian~~~

Friday, December 23, 2011

Cuti Dah Nak Habis????

Assalamualaikum..
Hurm..
Pejam celik...pejam celik..
Tinggal 11 hari je lagi..
Nak balik ke Penang semula..
Ya Allah..permudahkanlah semester 2 yang bakal aku lalui  kelak..
Amin..
Mak!!!!!Adah tak nak balik boleh???
Baru setengah tahun aku belajar di IPG..
Insya-Allah..kalau dipanjangkan umur..
5 tahun  lagi Zai...
Caiyok2!!!!Fighting!!!!
Harap-harap semester 2 ni..
Aku dapat lakukan yang lebih baik..
Ingat pesan mak ayah Zaidah!!!
Kesusahan yang dilalui hari ini..
untuk kesenangan hari esok..
Mesti lulus program persediaan ni..
Barulah boleh ke stage seterusnya..
Aku harap dapat bersabar dan lebih tabah...
Kuatkan semangat Zaidah..
Apa nak buat ni??Cuti tinggal sikit dah..
Mood:sedih..
Sekian~~



PMR


Assalamualaikum..
hurm..hari ni..akak nak ucapkan tahniah buat
 adik-adik yang mendapat keputusan 
CEMERLANG dalam peperiksaan PMR..
bagi yang kurang cemerlang pula..
jangan kecewa sebab
PMR hanya menentukan sekolah mana yang adik nak pegi.
selalunya yang dapat result best2 n gempak2..
mestilah nak pergi sekolah bagus-bagus jugakan??
Sebenarnya sekolah tak menentukan kejayaan kita pun adik-adik..
Apa yang penting sekali attitude kita sendiri..
Usaha...Doa..
Apa-apa pun bagi adik-adik yang kurang berjaya..
SPM nanti buktikan yang terbaik..
Dulu..cikgu akak selalu cakap..
Kalau kita dah usaha sehabis baik tapi tak juga berjaya..
Ada hikmahnya..
Tak semua orang pandai jadi orang yang berguna akhirnya..
Lebih baik jadi tukang sapu atau petani 
daripada pegang jawatan tinggi-tinggi tapi tak reti nak hormat orang..
hehe...(tetibe emosi plak)
Apa-apa pun bersyukurlah dengan keputusan yang  kita dapat..
Sekian...

p/s:tahniah buat adik kepada Huda Faudzi & adik kepada Maryam Kamaruzaman sebab dapat result yang bagus...apalagi...mintak la hadiah kat akak-akak korang tu..=)

Thursday, December 22, 2011

Majlis Di Rumahku

Assalamualaikum..
Rasenya dah lama aku tak mengarut kat blog aku ni...
Maklum la..
Aku busy cikit dengan kenduri yang baru je berlansung kat rumah aku ni..
iaitu Majlis Akikah dan Berandoi
Seorang putera dan dua orang puteri..
Anak kak Ngah,anak kak Lang dan anak abang Remi aku..

Budak-budak sekarang bertuah betulkan??

Majlis yang berlansung...

Terima kasih...

Setelah dicukur rambutnya..=)
Kumpulan Marhaban yang dijemput hadir..
Sory ea...tak ajak pun...
Aku kahwin nanti aku ajak..
Hehe
(entah bile...)
Hari Sabtu minggu lepas..
punye citer sebenarnya..
Majlis yang dikatakan buat secara kecil-kecilan..
Akhirnya berubah menjadi besar..
Letih habaq hang..
Terima kasih buat saudara-mara,jiran tetangga dan semua 
yang terlibat..
Aku cakap ngan ayah dan mak..
Lepas ni kenduri guna katering je la..
Semua orang blok dah tua-tua..
Mana daya nak masak bagai..
huhu...
Aku dah tak tahu apa nak mengarut..tgk gambar jela eh???
Sekian~~~

Tuesday, December 20, 2011

Soalan yang Tak Dapatku Jawab..

Assalamualaikum..
hurm,...
Hari nie aku dapat satu soalan..
yang tak tahu macam mana nak jawab..
Susah juga ea..
Apa jawapan yang patut aku cari..
Aku sendiri tak tahu..
Semoga Allah memberikan jawapan 
yang terbaik..
Mungkin ianya berpunca pada aku sendiri..
Ya...ianya memang salah aku..
...........................

Friday, December 9, 2011

Tak Mungkin Berulang..

Assalamualaikum..
Rasenye..macam dah lame tak menulis...
Maklum la...agak busy setelah..akak aku mula bekerja semula..
Hari ni aku terkejut..tengok gambar kawan aku kat fb..
dia masuk wad...
Tak cakap pun ngan aku..
Dia antara kawan yang rapat dengan aku masa form 5..
Sebenarnya ari nie...tiba-tiba rindu dengan kawan-kawan lama..



Bile bace entri Fazlin..
Terus terimbau kenangan lama..
Tapi betul la...kata orang...
Antara banyak-banyak kehidupan yang kita lalui..
Waktu sekolah la paling best n berharga...
Sekarang dah tak da kawan-kawan yang suke buat lawak..
Suka mengusik..
Ponteng kelas...
Makan kat kantin ..
sambil gelak-gelak,..
Berkejar-kejar..
Sekarang kalau buat ...nanti orang cakap tak sopan pulak kan..
Dulu waktu sekolah..nak cepat masuk IPT...
Sekarang..bila dah dekat IPT...
nak balik zaman  sekolah pula..
Betullah...
manusia akan menghargai bila dah merasa kehilangannya..
huhu..=(
Cepatnya masa berlalu..

Rindu dengan cikgu-cikgu kat sekolah..
Dulu akulah anak murid paling nakal...
Cikgu cakap tak boleh buat macam tu..
Aku gi tanye" kenapa tak boleh??"...
Ish..ish..ish...
Rindunya...masa-masa tu semua..
Sedar tak sedar...sekarang aku dah sambung belajar kat utara...
Tak pernah masuk dalam list ..Penang..
tempat yang akan aku pergi untuk menimba ilmu..
tapi apa-apa pun..aku bersyukur ya Allah..
Engkau telah menunjukkan jalan yang benar..
Walaupun...pada mulanya sukar untuk aku menerima..
Tapi akhirnya aku sedar...Engkau telah menunjukkan jalan 
yang terbaik di antara yang terbaik..
Aku harap..bila aku dah jadi cikgu nanti..
Aku dapat jadi cikgu yang baik..
Aku tak tahulah..macam mane nak ajar budak-budak..
Aku akan cuba sedaya- upaya kutip segala ilmu yang akan aku pelajari kelak..
Semoga aku dapat jadi seorang guru yang terbaik..
Amin...
Insya-Allah..

Sunday, December 4, 2011

Shopping




Assalamualaikum..
huhu
Ari nie..aku rase macam nak tercabut kaki sebab teman akak aku
pegi cari langsir...
dari Tampin ke Bahau aku jelajah..
semata-mata nak cari langsir dan baju..
Alhamdulillah..
akhirnya jumpa jugak..
Setelah lebih kurang 6 jam berjalan..
Betullahkan...perempuan memang cerewet..
Semua tak cantik..
Sedangkan memang dah cantik sangat dah..
Patutlah lelaki boring kalau ikut perempuan gi shopping..
atau jalan-jalan..
Macam abang-abang aku..
Kesian wife die..
Dulu mase dia bujang..ajak gi jalan tak nak..
balik kampung tak nak..
sume tak nak..
Sekarang dah kahwin..
Baru dia tahu..
Hehe...
Alamak...cuti tinggal 3 minggu lagi je...
Huahua..sedihnya...
Tapi perjuangan harus diteruskan..
Kuatkan semangat zai..
Ya Allah..permudahkanlah segalanya..
Aminnn....
=)

Saturday, December 3, 2011

Bayangan Rindu by Anis Ayuni

Assalamualaikum..
Kat bawah ni..Antara novel yang best..yang pernah aku bace..
Jom..baca sikit sinopsis dia..~~
Sinopsis
     Rasa aneh ,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda.Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein,yang juga teman sekelasnya.Andaian Iddya cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.
     Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam.Tapi malangnya,ikatan itu terputus  di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya.Lalu Iddya mencurah resah gelisah ,duka kecewa  dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.

Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan ,tapi indahnya tetap ada.I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia'bukan jodoh I.

Iddya : Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku.Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku.Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata ; tak dapat memaknakan cinta degan Lutfi dan cinta Baien pula sudah kecurian ,barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Que Sera,Sera.Whatever will be...will be...The future's not ours to see..Que Sera,Sera..Whatever will be....will be...


The most selfish one letter 'I'-avoid it
Most  satisfactory two letters'WE' -use it
Most poisonous three letters 'EGO' -kill it
Most used four letters 'LOVE' -value it
Most pleasing five letters 'SMILE' -keep it
Fastest spreading six letters 'RUMOURS' -ignore it
Hardworking seven letters 'SUCCESS'- achieve it
Most enviable eight letters 'JEALOUSY' -distance it
Most powerful nine letters 'KNOWLEDGE ' -acquire it
Most divine ten letters 'FRIENDSHIP' -maintain it

"Sahabat sejati.....
seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian .
Selalu bersama saat duka lara...
memahami dan boleh menghiburkan..
Tak pandang kaya atau miskin.
Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh.
Sama-sama menitiskan air mata bahagia masa kita senang ..
jadi teman yang menghibur masa kita tak punya sesiapa
 untuk bersandar....

I'll lend you my shoulder for you to cry on,
my ears to listen to,
my hands for you to hold ,
my feet to walk with you ,
but I'cant lend you my heart...
coz'it already belongs to someone...

Antara kata-kata best yang ada 
dalam novel ni..
Tak rugi baca cerita nie..
Sekian
Terima kasih
=)

Friday, December 2, 2011

Novel

Assalamualaikum...
Malam nie.sejuk sangat sebab hujan kat sini.
Hurm....cuti-cuti macam nie banyak betul erk kenduri kahwin??
Hehe...sebenarnya..aku tak nak citer pasal kenduri kahwin pun malam ni..
Hurm..sat..sat..ari ni aku terkejut tengok berita..
Kajang banjir...
Mungkin ada hikmah disebaliknya..atau iktibar yang perlu kita ambil..
Jangan buang sampah merata-rata..ye..
Err...Entri kali ni..aku nak citer pasal hobi aku sebenarnya..
Aku  minat baca novel
Senorok tau baca novel.. 
Antara novel yang best..

Aku mula start minat ni masa aku tingkatan 3
Masa tu budak-budak lagi..
tapi memang best baca novel.
Dari novel la aku belajar tulis KARANGAN panjang menjela-jela..
 masa exam SPM.
Sebenarnya membaca novel banyak membantu aku dalam memperbaiki penulisan..
tapi x la baik mana pun..
Mengarut jugak aku tulis masa exam SPM sebenarnya...
Novel ni ada macam-macam ending ..
Masa aku budak-budak dulu,
kalau baca novel aku tak boleh terima kalau ending dia..
pasangan tu berpisah atau dah kahwin lepas tu cerai..
ataupun poligami.

Tapi bila dah matang sikit sekarang...
Aku mula menerima..Sebab aku sendiri mendengar cerita  rakan-rakan yang menghadapi situasi 
ibu ayah yang bercerai..
Dalam hidup ni..ada macam-macam ujian yang Allah datangkan..
Setiap insan lain ujian yang dihadapinya...
Masa aku form 5..aku mula terima..kadang-kadang penceraian akan berlaku 
kalau ibu ayah dah tak sefahaman lagi..
Anak-anak kene memahami..
Tapi berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
Aku  selalu juga dengar pengalaman dari kawan-kawan....
memang sedih..sebab banyak kesan buruk dari baik..
Mak ayah berebut nak hak penjagaan anak...
Ayah tak bagi nafkah untuk anak-anak..
Ayah bawa lari anak la...macam-macam masalah..
tapi kalau boleh..anak-anak mesti nak mak ayah 
diaorang hidup bersama hingga akhir hayatkan???
Semua orang kalau boleh tak nak berlaku penceraian..
Aku ada dengar ustazah dalam tv cakap..masa dalam rancangan al-Hidayah..
Ustazah tu cakap....semua orang tak nak berlaku penceraian dalam perkahwinan...
Kadangkala ada yang bertanya kenapa berlaku penceraian dalam perkahwinan aku????
Tapi ustazah tu cakap ..itu ujian Allah..
Kalau penceraian jalan yang terbaik ..nak buat macam manakan??
Alhamdulillah ..aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang 
bahagia...mak ayah aku masih bersatu..
tapi ada satu cerita tu aku bace...
lelaki tu sanggup ceraikan isteri pertama dia...
 isteri pertama dia mintak cerai sebab dia nak kawin dengan seorang perempuan
 iaitu bekas tunang lelaki tu dulu....
Sebenarnya bekas tunang lelaki tu yang ugut lelaki tu..
kalau lelaki tu tak nak kahwin dengan dia...
dia nak convert agama..lelaki tu pun terpaksa kahwin dengan perempuan tu..
sebab sayangnya lelaki tu dengan agama Islam..

Poligami...lagi la...aku no komen..
poligami satu isu sensitif..Siapa yang ada ibu ayah menghadapinya.
Mereka lebih tahu..baik buruknya.

Konklusinya..dari novel banyak yang boleh kita jadikan tauladan...
tapi bukan semua tau...
Aku rasa ramai perempuan yang suka baca novel..
Jadi jom kita share novel apa yang best???
sekian~~
=)

Hadiah Terbaik

Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua...
Jom kita baca sikit
Apa yang ada kat gambar bawah tu,.
Buat ingatan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua..


Sekian..
=)
~Happy holiday~

Thursday, December 1, 2011

Askar-askar Tuan Kadir

Assalamualaikum...
Entri kali ini aku nak kenalkan cucu-cucu 
Tuan Kadir,,,
.......................................................
Kehadiran mereka menghiasi lagi kemeriahan keluargaku..
dan menambah besarkan lagi family aku..
Tanpa mereka sunyilah hidup kami sekeluarga..
Aku bersyukur dikurniakan family yang agak besar...


Gambar kat atas ni menunjukkan permata hati akak aku yang sulung..
Wani..merupakan anak buah aku yang paling sulung,...
Sejak dia lahir...barulah aku belajar macam mana nak jaga budak kecik..
Mula-mula dulu..dia membesar kat rumah aku..
Selalu jatuh tangga..
Mak Su dia jugak kene marah..=(
Sekarang..dah besar panjang pun...Nama penuh dia 
Siti Nursyazwani ..
Berumur 9 tahun
Cerdik orangnya...selalu cerita kat aku ,dia dapat no 1 kat sekolah..
Tapi mak su tak da duit la kakak nak bagi hadiah..Tunggu Mak Su kerja erk??
Tapi kesian tengok dia..Yelah..jadi anak sulung bukan sesuatu yang mudahkan??
Disebabkan dia yang paling besar di antara  yang kecik-kecik ni..
Jadi..selalulah kene buli kat Mak Su dia..huhu
Dah darjah 3 rupanya dia...ish2...mak su x ambil berat ni..
Anak buah yang ke-2 ..nama dia Zulfah Athirah
Berumur 8 tahun..
Dah besar pun dia.
Kecik molek orang dia..
Yang ke-3..Nama dia Ulfah Najwa
Berumur  6 tahun
Tapi orang cakap macam kembar dengan Tirah
Sebab badan dia sama saiz dengan akak dia..
Yang ke-4 pula..Nama dia Muhd Naufal
Berumur 4 tahun
Anak buah aku yang ni..paling x makan saman
Tapi biasa la kan..budak-budak.
Dah besar nanti tahu la dia..(bak kata mak aku..hehe)
dan anak kak long yang terakhir ialah..
Muhd Mu'iz
Pemalu orangnya..
Baru panggil nama dah cabut lari
Anak emak la katakan..
hihi =)

Ni anak K.ngah aku...
Anak buah yang terakhir buat tahun ni..
Lahir pada 30 Sept 2011
Atuk dia panggil dia Halus..Sebab dia halus.hihi
Nama punye la panjang..
Aulia Aliffatunnisa Binti Mohd Samsor
Ada orang panggil Nisa dan ada yang panggil Aulia.
Dah besar nanti jangan nakal-nakal tau !
Yang ni ..nama dia Muhd Iqbal Bin Muhd Hasni
Dia ni la cucu atuk..
Sikit-sikit atuk
Suka bagi makan ayam..itik...
Suka tengok lembu..kambing..
Suka gi kebun sawit
Sangat rapat dengan atuk dia..
Kalau lama tak balik kampung...boleh demam dia..
Atuk masuk toilet pun tunggu depan pintu...
Kalau marah dia depan atuk ngan nenek.
Jawabnya..kalah la aku..hihi
Muhd Ikhwan..
Baby pertama yang lahir untuk tahun ni..
8 Ogos 2011
Comel orangnya..setembam pipinya..
Semua orang suka cium pipi dia..
Atuk dia panggil 'dak debab'..
Mak Su dia panggil 'teletubis'
Baik orangnya
Mak dia asyik suruh dia tidur je..hihi

Permata hati sulung ..abang lelaki aku yang sulung..
Nur Aimira Ainun
(Ainun)...diambil sempena nama arwah mak akak ipar aku
yang meninggal dunia sebulan sebelum perkahwinan dia
dengan abang aku.
Ramai orang panggil dia Amoi
Sebab rupa dia ada iras-iras'Chinese look'
Ikut mak dia kot..
Baby kedua untuk tahun ni..
Lahir pada 19 Ogos 2011
Dah kurus abang aku sejak jadi ayah ni.
Mak aku cakap la..Sebab aku x jumpe dia lagi sejak dia jadi ayah ni..
Maklum la..anak dia nak dekat dia sorang je..
Belum sempat bertemu lagi ..
Sebab dia kat Johor.
Gambar dia Mak Su curi dari fb ayah dia..

Inilah permata hati keluarga kami..
Semoga mereka membesar dengan rahmat dan kasih-sayang Ilahi.
Mak Su harap korang semua jadi anak yang berguna..(macam la mak su baik sangat kan??he2)
Amin..
Insya-Allah..
=)

Wednesday, November 30, 2011

My Family..My Love...

 Assalamualaikum..
Hari nie aku nak bercerita serba sedikit pasal ahli keluarga aku..
Jom berkenalan..=)
Nama ayah aku..Kamaruddin Bin Mohammad Seh..
Ayah dilahirkan pada 29 Okt 1955
Tahun nie ayah dah berumur 56 tahun...
Ayah merupakan anak sulung dari ????Er...7 org adik-beradik..hehe
Ayah merupakan seorang peneroka..
Ayah dilahirkan di Sungai Klamah,Gemas,Negeri Sembilan...
Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik..
~My Daddy My Hero~
Ini pulak...mak aku..
Nama penuh mak...
Patima Binti Musa....
Mak dilahirkan di Johor...tapi dibesarkan di Melaka...
tahun nie mak dah berumur 60 tahun...
Adah sentiasa doakan semoga mak sihat2 selalu..Amin..
Harap-harap..mak dapat tengok Adah graduate nanti....
Insya-Allah...
Ni akak sulung aku...
Dia kawin time aku darjah berapa...
Aku pun x ingat..
Nama dia Siti Norfadillah
Dilahirkan pada 8 Jan 1978.
Umur dia 33 tahun
Sekarang dia mengajar di sekolah KAFA
Sebelah dia tu...abang ipar yang pertama aku..
Nama dia Roslan bin Othman,..
Orang dia kelakar..
Aku selalu usik-usik dia...hehe

Ni pula..Akak aku yang ke-2....
Nama dia Siti Norehan...
Dilahirkan pada 16 Jun 1982
Umur dia sekarang 29 tahun..
Sekarang kerja kat Pejabat Agama Daerah Jempol...
Dia merupakan bekas graduan UUM..
Sebelah dia tu..abg ipar aku..
Nama dia Samsor Bin Ya'akub..
Akak aku yang ke-3
Nama dia Siti Norli
Dilahirkan pada 12 Julai 1983
Berumur 28 tahun
Bekas graduan UKM
Sekarang mengajar di SMK Pendeta Za'ba,Seremban
Dia merupakan antara akak yang paling rapat dengan aku..
Selalu call aku..Bagi aku macam2..
Husband dia pula namanya Mohd Hasni Bin Hashim
Bekerja di SPRM
Hurm...nia abang lelaki aku yang sulung...merupakan anak ke-4..
Nama dia Muhd Remi
Dilahirkan pada 18 Feb 1986
Berumur 25 tahun
Berkahwin dengan orang Johor..
Sekarang...dia menetap kat sana..
Bekerja sebagai pegawai FELDA..
Isteri dia bernama Nur Aina..
Gambar kat atas nia pula..
Abang aku yang ke-2..
Anak yang ke-5 dalam keluarga aku..
Nama diberi Muhd Hamidi..
Lahir pada 10 Ogos 1987
Berumur 24 tahun..
Masih single lagi..hihi..
Bekas graduan UITM 

Ni akak aku yang bongsu
Dilahirkan pada 11 Nov 1989
Berumur 22 tahun..
Bekerja di Pejabat Agama Daerah Jempol
Insya-Allah..tahun depan dah nak kahwin...
Dia ni patner aku nak gi jalan2
Bila dia dah kahwin nanti
Tinggal la aku sorang2...huhu=(
Abang aku yang bongsu ..
Nama dia Muhamad Sabree
Dilahirkan pada 30 April 1991
Berumur 20 tahun..
Dah tua rupenye dia..hihi
Sekarang tengah belajar kat UPSI..
Kos Pendidikan Jasmani
Dan aku merupakan anak bongsu..
Aku dilahirkan pada 27 Jan 1993
Aku berharap dapat jadi orang yang berguna pada masa depan..
Doakan aku ye..=)

Tuesday, November 29, 2011

..Terima Kasih....

Assalamualaikum...
Menghargai..
Menjadikan orang di sekeliling kita lebih gembira..
Ya..kita seharusnya menghargai..
Jasa ibu ayah...
Jasa guru-guru..
Jasa ahli keluarga..
Dan jasa semua orang di sekeliling kita...
Hargailah segala yang mereka lakukan buat kita semua..
Dan yang paling penting ialah..
Hargailah nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita 
hari ini....

    
     terima kasih daun keladi..
SAHABAT
  Saya hargainya...

       Hari nie...tak da aktiviti yang menarik..

       Cuti yang berbaki sebulan lagi..
       Akan aku cuba manfaatkan..
               Hari ni mencube kembali hobi yang dilakukan waktu sekolah dulu..
              Bila ada SAHABAT..memberi kraftangan comel seperti di atas..ianya  mengembalikan semula
        memori tentang hobi yang dilakukan ketika
masih di tingkatan 5..
             


Nie untuk korang..7 SISTERS..hehe
Huda n Zaty: ..sory!!!zai xjumpe benang warna hijau pucuk pisang..
Echa:tu warna purple lembut
Jaja n Nora:memang ..roomate sejati la korang...
Tikah:.pinky gurls...

Terima Kasih semua...=)



S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum...
Hari nie aku nak bercerita tentang SAHABAT..
Kami merupakan 7 orang kawan baik di IPGKTB...
Mempunyai latar belakang yang berbeza..
Namun kami serasi bersama..
Aku berharap..
Kami akan sentiasa SAHABAT tak kira waktu
SUSAH dan SENANG..


Semoga ALLAH memelihara persahabatan kami 
semua~~~Amin...InsyaAllah..
Jum berkenalan dengan 7 SISTERS...

Monday, November 28, 2011

Rindu Terubat vS Keletihan

 Assalamualaikum..
Hurm..hari nie aku nak berkongsi tentang rutin harian aku bile cuti sem bermula..
Hari nie....seharian aku ke kebun tolong ayah metik buah...
Metik buah?????
pelikkan...???buah apelah ayah aku petik...
Sebenarnya ayah aku usahakan kebun sawit dia sendiri..jadi sebagai anak-anak..
aku ngan akak aku selalu tolong ayah....
Korang pernah tengok pokok kelapa sawit tak????
nie la reman(rupe) pokok kelapa sawit..hehe

Itulah rupe pokok kelapa sawit.....
Sebenarnya...aku tak la terdaya nak tolak buah kelapa sawit tu...
Lelaki je daya tolak...
Aku gi kebun tolong buang pelepah sawit ngan kutip buah gugur je..or..ada orang panggil buah perai kot.....kalau x silap aku la kan...
Nanti aku tunjukkan macam mane rupe buah perai...
Terlanjur aku dah bercerita pasal pokok kelapa sawit nie...
Apa kata kite belajar sains pertanian sikit...

Antara kelebihan pokok kelapa sawit:
-Daun dia boleh diproses dan dijadikan bahan makanan ternakan
-Buah dia boleh buat minyak masak la kan
-Umbut dia boleh dimakan
-Pelepah pula boleh dibuat lidi penyapu
Sebenarnya dah 5 bulan aku x gi kebun....
Sejak sambung blajar di IPGKTB
Sebelum nie...2 minggu sekali aku mesti gi kebun..
Rindu sangat2 dengan kebun sawit ayah aku...
Bagi korang...mungkin x de apa2 pun...
Tapi  bagi aku....ianya memberikan banyak kenangan dan 
budi pada aku yang membesar bersamanya....
Bawah nie rupa buah gugur aka buah perai...=)


Aku seronok jalani kehidupan macam nie...
Sekurang-kurangnya...
Aku melihat sendiri bagaimana susahnya mak ayah besarkan aku..
Dan bagaimana susahnya seseorang nak dapatkan rezeki yang halal....
Terima kasih mak ayah....~~
Korang nak tahu tak??
Sebenarnya best tau gi kebun...dapat main air sungai...
Memancing...,..
Bawak motor laju2 dalam kebun pun x pea...
Sebab dalam kebun cuma kita dengan pokok jea..
Tak da la ganggu ketenteraman awam kan??
Seronok...udara pun segar....
Nanti korang cube la alami sendiri...
Ok..sampai sini je dulu post kali nie..
Sekian~~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...