Sunday, May 26, 2013

Kembali


Assalamualaikum...


Lama rasanya aku tinggalkan blog ni terbiar sepi..maklum la banyak tugasan yang perlu diselesaikan...


Setelah naik degree ni baru aku tahu...bukan mudah ingin menjadi guru untuk masa akan datang.

Banyak lagi perkara yang perlu aku belajar..
Kadang-kadang perjalanan ini membuat aku hampir ingin berhenti..
Namun, jika engkau tidak sanggup menanggung lelahnya belajar
Maka engkau perlu bersedia menanggung peritnya kebodohan..
Allah..Allah..
Permudahkanlah segalanya..
Aku ingin menjadi seorang guru yang berjaya mendidik anak muridku menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat..
Sem baru...aku akan cuba lakukan yang lebih baik dari sebelumnya..
InsyaALLAH..
 Pengalaman belajar di IPG tentunya berbeza jika dibandingkan di universiti..
IPG masih lagi berkonsepkan sekolah..
Ada baiknya begitu..supaya semuanya terbiasa dengan suasana sekolah..
Tak kisah la macam mana pun..
Just follow the flow
Aku yakin bukan sengaja Allah letakkan aku dalam bidang ini..
Itulah yang aku pegang hingga sekarang, saat terasa lelahnya belajar
 Mak, Ayah & Keluargaku..
Ternyata pilihan yang mereka lakukan untukku tidak pernah salah..
Terima kasih.
Aku berasa seronok belajar di sini..
Semuanya baik-baik saja..
Banyak ragam orang yang boleh kita lihat..
Tapi bila belajar kat sini..
Rupanya tidak ada orang yang sempurna sebagai seorang guru
Dulu kat sekolah aku lihat guru sentiasa betul
Di sini barulah aku terasa.....sebenarnya tiada siapa yang layak menggelarkan dirinya bagus untuk mengajar orang lain..
Namun tidak salah jika kita ingin berkongsi-kongsi ilmu dan sesuatu yang baik bukan??
Harapanku...aku berjaya menamatkan ijazah ini dnegan jayanya dan menjadi seorang GURU kelak..
Amin...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...