Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

Waaaa!!!!!!!!!!!!!Seronoknya kalau kat sekolah...
Boleh tengok cikgu main sukaneka..bacaa sajak..cikgu nyanyi...
Huhu...semua tu dah berlalu..
Seronoknya jadi cikgu...Ramai orang sayang...hehe
Mood: Bersemangat nak nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..
(Tapi...bila betul-betul layak la)
Terima kasih yang tak terhingga buat semua guru yang telah bersusah-payah mengajar aku..dulu hingga kini...
Tanpa mereka aku tidak mungkin di sini..
Terima kasih kerana tidak jemu mencurah ilmu..
Terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat ibarat seorang ibu dan ayah..
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah anak muridmu...
Khas buat : Guru-guru di SKPASOH 3,SMK PASOH 2 dan buat rakan-rakan seperjuangan...


........................................
Selamat Hari Guru
16 MEI 2012

Thursday, May 10, 2012

Wajah Terindah...

Assalamualaikum..
Hatiku tersentuh menonton...
Forum Perdana di Tv 1...
......................................................................
Kata seorang anak : Kini aku mampu memberikan ibuku bukan sahaja RM 5O tetapi aku mampu memberikan RM500 sebulan...NAMUN...ibuku telah tiada....

Melihat wajahnya sahaja sudah mendapat pahala..inikan pula menjadi anak yang taat kepadanya..:)


Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah..:)

Saturday, May 5, 2012

Datang & Pergi

Assalamualaikum..
Hiii!!!Seronoknya hari ni..sebab aku dah berada di rumah...hehe..terima kasih buat PKK yang baik hati..
Bulan ni..hidup aku banyak betul bermain dengan emosi..
Makin kita kenal seseorang tu..makin banyak yang kita tak tahu pasal dia..
I know..I'm not perfect..but i will try my best..
Setiap manusia di dunia ni..tak lari dari kesilapan..
Kadang-kadang kita rasa apa tindakan yang kita ambil tu tak salah..
Tapi mungkin orang lain nampak tindakan kita tu salah...
Sebab setiap orang berbeza dengan yang lain..
Masalah yang kita hadapi mungkin sama...tapi cara kita menyelesaikan masalah tu mungkin berbeza..
Semakin hari aku rasa semakin dewasa..hehe..tapi tak sangat kot..
Haha..
Aku cuba membahagiakan semua orang..
Cuba melakukan yang terbaik..
Walaupun kadang-kadang ia sakit..
Tapi S.A.B.A.R menjadikan aku teguh berdiri di samping mereka yang aku sayang..
Setiap orang yang datang dalam hidup aku..datang dan pergi...
Semakin indah hidup ini dengan pelbagai ragam orang yang aku kenali....
Setiap pertemuan ..pasti di hujungnya bertemu dengan perpisahan..
Bersedialah untuk hadapinya..
Bulan ni aku belajar sesuatu..
Dalam menjalani hidup ni...kita seharusnya sentiasa reflek diri kita..
Banyak sebenarnya kesalahan yang kita lakukan..
Tapi kalau sebelah pihak je sedar kesalahan dia dan sebelah pihak tak sedar susah jugak.
Sebenarnya.. S.A.B.A.R itu sangat susah dan sakit...
tapi terpulang pada setiap orang....

Kesimpulannya: Just follow jea apa-apa yang berlaku...bak kata seseorang..kita ikut je zai..jangan fikir-fikir sangat...nanti sakit...
Dalam perhubungan..perkataan MAAF...TERIMA KASIH...TOLONG...KENAPA....bagi aku sangat bermakna & penting..tapi tak tahulah bagi orang lain..
Jadi lepas ni..cuba praktikkan ye..
Sekian~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...