Thursday, December 1, 2011

Askar-askar Tuan Kadir

Assalamualaikum...
Entri kali ini aku nak kenalkan cucu-cucu 
Tuan Kadir,,,
.......................................................
Kehadiran mereka menghiasi lagi kemeriahan keluargaku..
dan menambah besarkan lagi family aku..
Tanpa mereka sunyilah hidup kami sekeluarga..
Aku bersyukur dikurniakan family yang agak besar...


Gambar kat atas ni menunjukkan permata hati akak aku yang sulung..
Wani..merupakan anak buah aku yang paling sulung,...
Sejak dia lahir...barulah aku belajar macam mana nak jaga budak kecik..
Mula-mula dulu..dia membesar kat rumah aku..
Selalu jatuh tangga..
Mak Su dia jugak kene marah..=(
Sekarang..dah besar panjang pun...Nama penuh dia 
Siti Nursyazwani ..
Berumur 9 tahun
Cerdik orangnya...selalu cerita kat aku ,dia dapat no 1 kat sekolah..
Tapi mak su tak da duit la kakak nak bagi hadiah..Tunggu Mak Su kerja erk??
Tapi kesian tengok dia..Yelah..jadi anak sulung bukan sesuatu yang mudahkan??
Disebabkan dia yang paling besar di antara  yang kecik-kecik ni..
Jadi..selalulah kene buli kat Mak Su dia..huhu
Dah darjah 3 rupanya dia...ish2...mak su x ambil berat ni..
Anak buah yang ke-2 ..nama dia Zulfah Athirah
Berumur 8 tahun..
Dah besar pun dia.
Kecik molek orang dia..
Yang ke-3..Nama dia Ulfah Najwa
Berumur  6 tahun
Tapi orang cakap macam kembar dengan Tirah
Sebab badan dia sama saiz dengan akak dia..
Yang ke-4 pula..Nama dia Muhd Naufal
Berumur 4 tahun
Anak buah aku yang ni..paling x makan saman
Tapi biasa la kan..budak-budak.
Dah besar nanti tahu la dia..(bak kata mak aku..hehe)
dan anak kak long yang terakhir ialah..
Muhd Mu'iz
Pemalu orangnya..
Baru panggil nama dah cabut lari
Anak emak la katakan..
hihi =)

Ni anak K.ngah aku...
Anak buah yang terakhir buat tahun ni..
Lahir pada 30 Sept 2011
Atuk dia panggil dia Halus..Sebab dia halus.hihi
Nama punye la panjang..
Aulia Aliffatunnisa Binti Mohd Samsor
Ada orang panggil Nisa dan ada yang panggil Aulia.
Dah besar nanti jangan nakal-nakal tau !
Yang ni ..nama dia Muhd Iqbal Bin Muhd Hasni
Dia ni la cucu atuk..
Sikit-sikit atuk
Suka bagi makan ayam..itik...
Suka tengok lembu..kambing..
Suka gi kebun sawit
Sangat rapat dengan atuk dia..
Kalau lama tak balik kampung...boleh demam dia..
Atuk masuk toilet pun tunggu depan pintu...
Kalau marah dia depan atuk ngan nenek.
Jawabnya..kalah la aku..hihi
Muhd Ikhwan..
Baby pertama yang lahir untuk tahun ni..
8 Ogos 2011
Comel orangnya..setembam pipinya..
Semua orang suka cium pipi dia..
Atuk dia panggil 'dak debab'..
Mak Su dia panggil 'teletubis'
Baik orangnya
Mak dia asyik suruh dia tidur je..hihi

Permata hati sulung ..abang lelaki aku yang sulung..
Nur Aimira Ainun
(Ainun)...diambil sempena nama arwah mak akak ipar aku
yang meninggal dunia sebulan sebelum perkahwinan dia
dengan abang aku.
Ramai orang panggil dia Amoi
Sebab rupa dia ada iras-iras'Chinese look'
Ikut mak dia kot..
Baby kedua untuk tahun ni..
Lahir pada 19 Ogos 2011
Dah kurus abang aku sejak jadi ayah ni.
Mak aku cakap la..Sebab aku x jumpe dia lagi sejak dia jadi ayah ni..
Maklum la..anak dia nak dekat dia sorang je..
Belum sempat bertemu lagi ..
Sebab dia kat Johor.
Gambar dia Mak Su curi dari fb ayah dia..

Inilah permata hati keluarga kami..
Semoga mereka membesar dengan rahmat dan kasih-sayang Ilahi.
Mak Su harap korang semua jadi anak yang berguna..(macam la mak su baik sangat kan??he2)
Amin..
Insya-Allah..
=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...